KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki dan wanita bagi membantu siasatan kes yang sedang dijalankan.
SPRM memaklumkan mereka ialah Ang Eng Leng, 49, dengan alamat terakhir di Jalan Jalil Perkasa 1, Bukit Jalil, di sini dan Rasnah Majuan, 50, yang beralamat terakhir di Kudat, Sabah.
"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Ang diminta menghubungi pegawai penyiasat Sharifah Nuraini Syed Ibrahim melalui talian 06-2896000 atau 019-7849821 atau e-mel kepada sharifah.nuraini@sprm.gov.my.
"Bagi kes melibatkan Rasnah, orang ramai diminta menghubungi pegawai penyiasat Ahmad Aslam Selamat melalui talian 088-488381 atau e-mel kepada ahmadaslam@sprm.gov.my," menurut SPRM dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial