WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Agong Teroka Teknologi Dron Rusia Di Tochka Kipeniya

08/08/2025 12:42 AM

Daripada Noor Farhana Ahmad Norain

MOSCOW, 7 Ogos (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat melawat Tochka Kipeniya, sebuah pusat teknologi dan inovasi di Moscow, sebagai sebahagian daripada lawatan negara di Rusia.

Ketibaan Seri Paduka Baginda disambut Penasihat kepada Presiden Persekutuan Rusia Dimitry Peskov dan Naib Presiden Kanan Institut Sains dan Teknologi Skolkovo (Skoltech) Alexey Ponomarev.

Mengiringi Seri Paduka Baginda, Menteri Pertahanan merangkap Menteri Pengiring Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Duta Besar Malaysia ke Rusia Datuk Cheong Loon Lai.

Sepanjang sesi lawatan selama satu jam itu, Sultan Ibrahim berkenan meninjau pameran teknologi dron Rusia, dengan dipersembahkan taklimat mengenai pelbagai inisiatif pembangunan teknologi kepada Seri Paduka Baginda diberikan Peskov.

Pameran itu turut mempamerkan pelbagai jenis dron yang direka untuk pelbagai aplikasi, sekali gus memperlihatkan keupayaan Rusia yang semakin berkembang dalam sektor sistem penerbangan tanpa juruterbang.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan