WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Lelaki OKU Maut Motosikal Terbabas Ke Longkang Di Seri Iskandar

09/08/2025 10:40 PM

IPOH, 9 Ogos (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) maut selepas motosikal jenis roda tiga yang ditunggangnya terbabas ke dalam longkang di Pekan Lambor Kanan, Seri Iskandar malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarozi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian yang membabitkan mangsa berusia 63 tahun itu pada 8.03 malam.

 “Kemalangan berkenaan melibatkan sebuah motosikal roda tiga jenis Honda EX-5 yang terbabas ke dalam longkang serta terdapat seorang mangsa lelaki OKU berumur 63 tahun telah ditimpa oleh motosikal tersebut.

“Mangsa telah disahkan maut di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM). Ketua Operasi melaksanakan penilaian awal (size-up) seterusnya mengaplikasikan Konsep SAVER dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa daripada longkang seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada 9.50 malam.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan