KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) --Skuad wanita bawah 20 tahun (B-20) negara menutup kempen kelayakan Piala Asia B-20 Wanita 2026 dengan kemenangan sulung selepas menundukkan Guam 2-0 pada aksi terakhir Kumpulan F di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam ini.
Kemenangan itu mengubat kekecewaan skuad kendalian Cameron Ng yang tewas 0-3 kepada Iran dan 0-16 kepada Jepun pada dua perlawanan terdahulu.
Perlawanan bermula seimbang sebelum Kaseh Carmilla meledak dua gol pada minit ke-63 dan ke-86 untuk memastikan tiga mata berharga buat skuad negara.
Malaysia menamatkan saingan di kedudukan ketiga kumpulan dengan tiga mata, manakala Jepun muncul juara Kumpulan F selepas membelasah Iran 9-0 dalam aksi terakhir kumpulan itu.
Hanya lapan juara kumpulan dan tiga naib juara kumpulan terbaik layak ke pusingan akhir di Thailand dari 1 hingga 18 April tahun depan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial