WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Polis Tahan Pemandu Van Sekolah Disyaki Turunkan, Ambil Pelajar Secara Berbahaya

20/08/2025 09:20 AM

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki disyaki seorang pemandu van sekolah yang menurunkan dan mengambil pelajar sekolah secara berbahaya dalam video tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata siasatan terhadap lelaki berusia 59 tahun itu, dibuat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih dari lima belas ribu ringgit,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Naazron berkata video tular berdurasi 33 saat berkenaan yang dikesan pihaknya pada 5.53 petang semalam, memaparkan sebuah van dalam keadaan bergerak sedang menurunkan dan mengambil dua pelajar sekolah.

Beliau berkata tindakan terbabit boleh mendatangkan bahaya kepada pelajar dan pengguna jalan raya lain.

Naazron turut memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini untuk menghubungi balai polis yang berdekatan atau berhubung dengan pegawai penyiasat Insp. Ahmad Zahrein di talian 017-3818422.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan