WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Anak Bekas Pemimpin Negara Ditahan, Polis Temukan Dadah Dalam Kereta

24/08/2025 06:39 PM

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Seorang anak lelaki bekas pemimpin negara telah ditahan selepas polis menemukan dadah dalam kereta miliknya di Lebuhraya Sprint berhampiran Plaza Tol Damansara di sini, semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar mengesahkan penahanan lelaki berusia 20-an itu.

Difahamkan lelaki terbabit memandu secara mengundur dengan laju dan berbahaya serta berada dalam keadaan mencurigakan di Kilometer 0.6 lebuh raya terbabit.

Pemeriksaan terhadap keretanya menemukan sejumlah kecil heroin bersama beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah.

Lelaki itu dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk tindakan selanjutnya.

Menurut sumber lelaki itu turut mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan