WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Enam Pelajar Kes Buli Di Pasir Mas Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

25/08/2025 09:37 PM

KOTA BHARU, 25 Ogos (Bernama) -- Enam pelajar lelaki tingkatan empat yang direman berhubung kes buli seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di Pasir Mas minggu lepas, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Kama Azural Mohamed berkata pembebasan itu dibuat selepas tempoh reman mereka berakhir sementara menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwaan.

“Tempoh reman keenam-enam suspek tamat hari ini dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dan Seksyen 507B Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan buli.

Sebelum ini, enam pelajar terbabit ditahan pada Selasa lepas bagi membantu siasatan selepas mangsa dilaporkan dipukul, seluar dilondehkan dan nyaris dijerut dengan dawai sehingga mengalami kecederaan.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan