IPOH, 28 Ogos (Bernama) -- Identiti lelaki yang maut dilanggar tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kejadian di Kilometer 156 berhampiran sebuah kuil di Pekan Chemor di sini pada Isnin lepas telah disahkan oleh ahli keluarganya.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata ahli keluarga mangsa berusia 38 tahun itu membuat pengecaman berdasarkan pakaian mangsa.
“Bagaimanapun sampling DNA (ujian asid deoksiribonukleik) kita ambil untuk sahkan,” katanya ringkas kepada Bernama.
Abang Zainal Abidin berkata mangsa yang mempunyai rekod rawatan psikiatri disahkan meninggal dunia atas pelbagai kecederaan menerusi bedah siasat yang dijalankan.
Pada 26 Ogos, Abang Zainal Abidin memaklumkan polis menerima makluman berhubung kejadian itu daripada KTMB selepas pemandu tren pengangkutan awam itu memaklumkan terdengar dentuman kuat di lokasi berkenaan.
Beliau berkata tiada unsur jenayah membabitkan insiden itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial