WILAYAH - SARAWAK > BERITA

SCO Gesa Gencatan Senjata Di Gaza, Penyelesaian Adil Isu Palestin

01/09/2025 11:29 PM

ISTANBUL, 1 Sept (Bernama-Anadolu) -- Pemimpin Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) pada Isnin menyatakan “kebimbangan serius” terhadap peningkatan konflik Israel-Palestin dan krisis kemanusiaan di Gaza.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas Sidang Kemuncak SCO ke-25 di Tianjin, China, mereka “mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang menyebabkan banyak korban jiwa dalam kalangan orang awam,” lapor Anadolu Ajansi (AA).

Negara anggota SCO menegaskan keperluan gencatan senjata yang menyeluruh dan berkekalan, kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza, serta usaha lebih giat untuk memastikan keamanan, kestabilan dan keselamatan di rantau itu.

Menurut kenyataan itu: “satu-satunya cara untuk menjamin keamanan dan kestabilan di Timur Tengah adalah penyelesaian menyeluruh dan adil terhadap isu Palestin.”

Deklarasi itu diterima pakai sebagai sebahagian daripada Deklarasi Tianjin.

China menjadi tuan rumah sidang kemuncak dua hari itu, dan pemimpin SCO turut meluluskan pelan pembangunan 10 tahun dan bersetuju memperdalam kerjasama ekonomi serta keselamatan.

Kenyataan blok itu dikeluarkan ketika angka korban di Gaza meningkat kepada 63,557 sejak perang Israel di wilayah itu bermula pada Oktober 2023.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan