WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Warga Emas Tertimbus Tanah Runtuh Ditemukan Maut

12/09/2025 03:16 PM

KOTA KINABALU, 12 Sept (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas berusia 97 tahun yang dilaporkan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Sarapung, Penampang malam tadi, ditemukan maut hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sabah dalam kenyataan hari ini, memaklumkan mayat mangsa ditemukan di tingkat bawah rumahnya pada 10.35 pagi.

“Lelaki itu berjaya dikeluarkan pada 10.45 pagi dan bomba dengan polis serta penduduk kampung mengangkat mangsa sejauh 750 meter ke kawasan selamat. 

“Mangsa diserahkan kepada polis dan operasi tamat pada 11.30 pagi,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, JBPM Sabah menerima laporan dua mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu, namun seorang wanita berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung.

Pasukan bomba berdepan kesukaran ke tempat kejadian kerana laluan terhalang akibat banjir dan tanah runtuh, selain perlu berjalan sejauh 3 kilometer untuk sampai ke situ.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan