WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Helikopter Super Lynx TLDM Mendarat Cemas Di Perairan Pantai Klebang

01/01/2026 04:23 AM

KUALA LUMPUR, 1 Jan (Bernama) -- Sebuah helikopter Super Lynx milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melakukan pendaratan cemas di perairan Pantai Klebang, Melaka, malam tadi.

TLDM dalam kenyataan memaklumkan, kejadian terbabit berlaku pada 10.50 malam ketika pesawat sedang melaksanakan penerbangan demonstrasi sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ke-60 Grup Gerak Khas (GGK), Tentera Darat Malaysia (TDM).

"Empat kru udara berada di dalam pesawat ketika kejadian dan kesemua mereka telah berjaya diselamatkan serta dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut.

"Semua kru berada dalam keadaan sedar dan stabil serta sedang dipantau oleh pasukan perubatan," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan, TLDM telah mengambil tindakan serta-merta dengan mengatur gerakan operasi salvaj pesawat berkenaan dan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

"TLDM memohon orang ramai agar tidak menularkan video kejadian yang berlaku demi menjaga sensitiviti dan kelancaran proses penyiasatan," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan