WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Lelaki Lemas Selepas Terjatuh Ketika Redah Jeram Di Nabawan

16/01/2026 09:01 PM

NABAWAN, 16 Jan (Bernama) -- Seorang lelaki maut dipercayai lemas selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti rakit redah jeram atau water rafting di Sapulut di sini tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan mangsa Ramli Mayakin berusia lingkungan 40-an, disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian.

Menurut kenyataan itu, JBPM Sabah menerima panggilan kecemasan pada 12.40 tengah hari sebelum 12 anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi yang terletak 53 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Nabawan.

“Pasukan bomba mengalami sedikit kesukaran untuk tiba di lokasi kejadian berikutan keadaan laluan yang sempit dan jalan tidak berturap.

“Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan mangsa telah dijumpai oleh orang awam di tepi sungai dalam keadaan tidak sedarkan diri,” menurut kenyataan itu hari ini.

JBPM Sabah memaklumkan mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi yang turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) itu ditamatkan pada 6.30 petang.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan