WILAYAH - TIMUR > BERITA

KADA Jangka 95 Peratus Tanaman Padi Akan Terima Bekalan Air Mencukupi

18/03/2026 02:01 PM

KOTA BHARU, 18 Mac (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) menjangkakan 95 peratus daripada keseluruhan kira-kira 26,833 hektar kawasan jelapang padi seliaannya akan menerima bekalan air mencukupi pada musim depan.

Pengerusi KADA Khalid Abdul Samad berkata ia berikutan hasil pengoperasian projek Kemubu 4 pada bulan lepas yang dilihat mampu memberi kelebihan kepada petani meraih hasil lebih tinggi bagi musim 1/2026.

"Bekalan air dari Kemubu 4 yang mula beroperasi sepenuhnya Februari lepas dibekalkan lewat sedikit bagi musim 2/2025 dengan kadar liputan  seluas 93 peratus.

"Bagaimanapun, projek ini akan memberi manfaat sepenuhnya bagi penanaman padi musim 1/2026 yang akan bermula pada pertengahan tahun ini sekali gus menyelesaikan masalah air pada musim kemarau," katanya kepada pemberita selepas Program Moreh bersama Pengamal Media di sini malam tadi.

Beliau berkata projek Kemubu 4 yang dilengkapi lapan unit pam dengan kadar aliran air sebanyak 700 meter padu sesaat itu akan merangsang perolehan hasil sekitar enam tan metrik sehektar dalam jangka panjang berbanding empat sebelum ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan