WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Polis Tahan Dua Lelaki Disyaki Curi Kabel Di Teluk Intan

18/03/2026 11:41 PM

IPOH, 18 Mac (Bernama) -- Dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel milik Telekom Malaysia ditahan dalam satu operasi di Jalan Pasir Berdamar, Teluk Intan, dua hari lepas.

Polis Daerah Hilir Perak dalam kenyataan di Facebook malam ini memaklumkan hasil soal siasat terhadap kedua-dua suspek membawa kepada rampasan satu guni berwarna putih yang mengandungi gulungan kabel tembaga dengan anggaran berat 5.3 kilogram.

Menurut kenyataan itu, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam kes yang disiasat, selain semakan mendapati mereka turut mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan narkotik.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. Polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti penglibatan suspek dalam kes kecurian kabel lain di sekitar daerah Teluk Intan.

"Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut dan tindakan pertuduhan," menurut kenyataan itu.

Sehubungan dengan itu, polis menasihati orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah bagi membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan tersebut demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan