WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Ops Samseng Jalanan: Polis Keluar 32 Saman Di Iskandar Puteri

22/03/2026 09:29 PM

ISKANDAR PUTERI, 22 Mac (Bernama) -- Polis mengeluarkan 32 saman atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Samseng Jalanan (Ops Motokar) di Lebuh Medini Utama di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M. Kumarasan dalam kenyataan berkata lokasi itu dikenal pasti kawasan tumpuan kumpulan terlibat aktiviti seperti lumba haram dan aksi pemanduan berbahaya.

“Dalam operasi ini, sebanyak 45 motokar diperiksa melibatkan 63 lelaki dan 14 wanita berusia daripada 18 hingga 50 tahun.

“Antara kesalahan dikesan ialah pengubahsuaian struktur kenderaan khususnya ekzos, penggunaan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan kesalahan lain di bawah peraturan ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya.

Beliau menegaskan polis tidak akan berkompromi terhadap individu yang terlibat dalam aktiviti samseng jalanan kerana perbuatan itu membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Beliau berkata operasi seperti itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membendung kegiatan lumba haram serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan