WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Penyelam Dikhuatiri Hilang Di Pulau Tenggol Belum Ditemukan

22/03/2026 10:37 PM

DUNGUN, 22 Mac (Bernama) -- Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat penyelam yang dikhuatiri hilang di perairan Pulau Tenggol dekat sini, Jumaat lepas.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan operasi pencarian ditumpukan di sekitar lokasi terakhir Tam Peng Hoong, 66, dilaporkan hilang dan kawasan perairan berhampiran.

“Operasi mengesan mangsa ditangguhkan pada lewat petang berikutan keadaan semasa dan akan disambung esok,” menurut kenyataan itu.

APMM memaklumkan operasi pencarian melibatkan pelbagai agensi termasuk APMM melalui aset bot peronda Perkasa 49 dengan lima kru dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi bot peronda PSC 25 melibatkan empat anggota.

Operasi turut dibantu komuniti penyelam tempatan membabitkan Tenggol Coral Beach Resort dengan 15 penyelam dan masing-masing enam penyelam daripada Tenggol Dive Buddy Dungun dan Ocean Dream Dungun.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan