WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Kerajaan Komited Perkasa Kerjasama Awam-Swasta, Industri Tempatan - PM Anwar

02/04/2026 11:29 PM

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Kerajaan komited untuk memacu agenda ekonomi MADANI melalui pengukuhan kerjasama awam-swasta, pembangunan bakat digital dan pemerkasaan industri tempatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha itu penting bagi memastikan kemajuan teknologi diterjemahkan kepada manfaat yang inklusif agar tiada rakyat Malaysia yang terpinggir dalam era digital.

“Hari ini saya menerima kunjungan hormat daripada barisan kepimpinan Huawei yang diketuai presiden rantau Asia Pasifik Terry He dan ketua pegawai eksekutif Huawei Malaysia, Simon Sun,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Perdana Menteri berkata pertemuan itu membuka ruang penting untuk bertukar-tukar pandangan mengenai masa depan digital negara serta memperkukuh kerjasama strategik yang telah terjalin sekian lama.

Sebelum ini Anwar berkata kerajaan serius dalam melaksanakan transformasi digital negara dan mahu memastikan rakyat menyedari sepenuhnya inisiatif berkaitan, sekali gus menjadi komuniti yang celik digital serta Kecerdasan Buatan (AI).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan