KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kerajaan akan memperkukuh kerjasama strategik dengan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dalam usaha memperkasakan tenaga kerja tempatan serta meningkatkan akses kepada kemudahan latihan bagi komuniti usahawan Melayu.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berkata perkara itu dibincangkan dalam pertemuan beliau bersama delegasi DPMM yang diketuai presidennya Norsyahrin Hamidon, baru-baru ini.
Beliau berkata pertemuan itu membuka ruang perbincangan yang bermakna antara kerajaan dan komuniti usahawan Melayu, khususnya dalam memperluas akses latihan serta memperkukuh kerjasama strategik antara kementerian dan dewan perniagaan.
“Pandangan, cadangan dan aspirasi yang dikongsikan oleh pihak DPMM amat dihargai,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.
Ramanan berkata komitmen Kerajaan MADANI kekal jelas dalam memastikan agenda pemerkasaan tenaga kerja tempatan diperkukuh secara inklusif, mampan dan berimpak tinggi demi kemajuan ekonomi negara.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial