WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Jumlah Korban Serangan Israel Ke Atas Lubnan Sejak 2 Mac Meningkat Kepada 1,953

11/04/2026 08:27 AM

ISTANBUL, 11 April (Bernama-Anadolu) -- Jumlah korban akibat serangan Israel ke atas Lubnan sejak 2 Mac meningkat kepada 1,953 orang, dengan 6,303 lagi cedera, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata gelombang serangan Israel pada 8 April mengorbankan 357 orang dan mencederakan 1,223 yang lain.

Ia menambah bahawa angka tersebut masih bersifat awal kerana pasukan penyelamat terus membersihkan runtuhan, dengan sejumlah besar mayat memerlukan ujian DNA bagi mengesahkan identiti mangsa.

Seorang pegawai Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) memberitahu Anadolu pada Khamis bahawa AS akan menjadi tuan rumah rundingan langsung antara Israel dan Lubnan minggu depan sebagai sebahagian daripada rundingan gencatan senjata yang sedang berlangsung.

Rundingan yang dijangka itu susulan pengumuman Presiden AS Donald Trump pada Selasa mengenai gencatan senjata selama dua minggu dengan Iran, dengan menyatakan Tehran mengemukakan cadangan 10 perkara yang “boleh dilaksanakan” untuk rundingan.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan