WILAYAH - TIMUR > BERITA

Polis Cari Lelaki Hilang Di Stesen Bas Larkin

12/04/2026 12:40 PM

KUANTAN, 12 April (Bernama) -- Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan yang dilaporkan hilang selepas gagal dihubungi sebaik tiba di Stesen Bas Larkin, Johor sejak 9 April lepas.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata isteri mangsa memaklumkan kali terakhir bertemu Muhammad Izwan Omar, 27, pada Rabu (8 April) kira-kira 10 malam di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bentong.

“Isterinya turut memaklumkan kali terakhir berhubung dengan mangsa adalah pada Khamis (9 April) kira-kira 8.30 pagi, apabila lelaki itu memaklumkan dia tertidur di Stesen Bas Larkin, Johor. Sejak itu, mangsa gagal dihubungi dan tidak pulang ke rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaiham berkata Muhammad Izwan berkulit gelap, berketinggian kira-kira 166 sentimeter dan berbadan gempal dengan anggaran berat 107 kilogram.

Beliau berkata mangsa kali terakhir dilihat memakai baju sejuk dan seluar berwarna hitam.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong di talian 09-223 1999 bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan