WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KPDN Perak Sita Lebih 8,000 Kg Tepung, Gula

21/04/2026 04:17 PM

IPOH, 21 April (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 8,869 kilogram (kg) tepung gandum serta gula di sebuah premis menjual perkakasan dan barangan membuat kek di Slim River, semalam.

Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata rampasan dilakukan pasukan penguat kuasa KPDN Cawangan Tapah menerusi Ops Tiris 4.0 di premis itu pada 11.30 pagi.

“Pemeriksaan mendapati premis itu memiliki barang kawalan, iaitu 7,813 kg tepung gandum dan 1,056 kg gula untuk jualan. 

“Peniaga di premis itu gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran daripada Pengawal Bekalan Malaysia bagi urusan melibatkan barang kawalan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kamalludin berkata nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM21,862.32.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana melakukan kesalahan menjual barang kawalan berjadual tanpa kebenaran. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan