WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Ribut Petir, Hujan Lebat Di 10 Negeri Hingga 9 Malam Ini

25/04/2026 06:41 PM

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 10 negeri hingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, keadaan cuaca itu dijangka melanda seluruh Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Di Perak, kawasan terlibat ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Di Pantai Timur, cuaca sama dijangka melibatkan Hulu Terengganu di Terengganu, Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang) serta Pahang (Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran).

Amaran cuaca sama turut melibatkan beberapa kawasan di Selangor, iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Sepang.

Selain itu, Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan serta Alor Gajah dan Melaka Tengah di Melaka dijangka mengalami keadaan cuaca sama.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan