KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Polis sedang giat mengesan seorang wanita dipercayai mendera anak kandungnya berusia tiga tahun di Batu Caves, Selangor baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata pihaknya menerima laporan semalam daripada nenek kepada kanak-kanak lelaki itu yang tinggal serumah.
“Siasatan mendapati kejadian berlaku pada kira-kira 8 malam awal Mac lepas ketika pengadu terdengar tangisan cucunya disyaki didera.
“Siasatan mendapati suspek ibu kandung mangsa. Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Noor Ariffin berkata mangsa telah dibawa mendapatkan pemeriksaan doktor.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Amirul Ashyraf Abu Hassan menerusi talian 019-3491233 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak 03-61262222.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial