KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Polis sedang giat mengesan seorang remaja perempuan tempatan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang dari kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Malaysia, Desa Petaling di sini, sejak Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohd Rosdi Daud dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya telah menerima laporan berhubung kehilangan mangsa pada Jumaat lepas.
Beliau berkata susulan laporan itu, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi menjejaki kedudukan remaja berkenaan.
"Siasatan terperinci sedang dijalankan termasuk menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam lif yang diselia oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengenal pasti arah pergerakan mangsa," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial