WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Gempa Bumi 6.2 Skala Richter Landa Hokkaido, Tiada Amaran Tsunami Dikeluarkan

27/04/2026 08:19 AM

TOKYO, 27 April (Bernama-Kyodo) -- Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter melanda Hokkaido, Jepun pada Isnin, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Kyodo News melaporkan gempa pada 5.24 pagi itu mencatatkan bacaan 5 atas pada skala keamatan seismik Jepun daripada 7 di wilayah Tokachi, pulau utama utara Jepun, dan berlaku pada kedalaman kira-kira 83 kilometer.

Tiada laporan segera mengenai kecederaan.

Bacaan 5 atas digambarkan sebagai tahap yang menyebabkan orang ramai sukar berjalan tanpa berpaut pada sesuatu.

Menurut Hokkaido Electric Power Co., tiada sebarang insiden dikesan di loji tenaga nuklear Tomari.

Gempa berlaku ketika JMA mengeluarkan nasihat selama seminggu mengenai peningkatan risiko gempa bumi kuat, susulan gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter yang melanda wilayah Aomori di timur laut Jepun seminggu sebelumnya.

Hokkaido adalah antara tujuh kawasan yang dinasihatkan supaya berwaspada.

-- BERNAMA-KYODO

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan