KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebarang perkembangan berkaitan isu pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan akan diumumkan kemudian.
“Kita akan umum kemudian,” kata Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) ringkas kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pusat Inovasi dan Makmal Kecerdasan Buatan (AI) Huawei, di sini hari ini.
Terdahulu, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Anwar berkaitan isu berkenaan dalam masa terdekat.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata ia bagi membincangkan hal berkaitan tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menarik sokongan kepada Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun hari ini.
Sebelum itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata keputusan kesemua 14 ADUN UMNO dan BN menarik sokongan secara sebulat suara itu terhadap Aminuddin adalah susulan krisis adat yang berlaku ketika ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial