ALOR SETAR, 28 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan seorang pemilik syarikat pembinaan selepas disyaki mengemukakan dokumen palsu kepada sebuah institusi kewangan pembangunan bagi pembiayaan pembelian dron bernilai kira-kira RM90,000.
Menurut sumber SPRM, suspek lelaki berusia 50-an itu ditahan pada kira-kira 12 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah.
"Siasatan awal mendapati suspek yang merupakan pemilik sebuah syarikat pembinaan disyaki melakukan perbuatan tersebut pada 2024.
“Suspek dipercayai mengemukakan sebut harga kepada institusi kewangan berkenaan bagaimanapun tidak berlaku urusan jual beli dron tersebut,” katanya.
Difahamkan suspek direman tiga hari hingga 30 April ini bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial