WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Olahraga Malaysia Mahu Isu Penubuhan FTAA Selesai Segera

28/04/2026 08:35 PM

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Olahraga Malaysia (MA) berharap isu status gabungan yang dikemukakan Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan (FTAA) dapat diselesaikan secepat mungkin supaya persatuan itu boleh menjadi ahli gabungan badan induk itu.

Setiausaha Agungnya Nur Haryati Karim berkata pihaknya amat prihatin tentang pembangunan olahraga di Malaysia, khususnya dalam Wilayah Persekutuan, lebih-lebih lagi di ambang persediaan MA untuk Sukan SEA akan datang.

“Aspirasi MA adalah untuk mengambil mereka menjadi sebahagian daripada badan induk olahraga secepat mungkin.

“Kami akan menunggu maklum balas seterusnya daripada proses dengan PJS,” katanya selepas mengadakan pertemuan bersama Persatuan Olahraga Labuan dan Kuala Lumpur, hari ini.

Mengulas mengenai pertemuan itu, beliau berkata ia berjalan lancar, namun tiada sebarang keputusan dibuat hari ini, susulan beberapa persoalan ditimbulkan oleh ahli mesyuarat, yang akan dikemukakan kepada PJS (Pesuruhjaya Sukan) untuk penjelasan lanjut

Untuk rekod di bawah Perlembagaan MA, pembentukan FTAA perlu merangkumi perwakilan yang sah dari Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, manakala proses penggabungan harus melalui semakan sewajarnya oleh Majlis MA selaras dengan prosedur tadbir urus persatuan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan