WILAYAH - SARAWAK > BERITA

JIM Tahan 64 Warga Asing Di Kuching

29/04/2026 12:27 AM

KUCHING, 28 April (Bernama) -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak menahan 64 warga asing dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di sekitar bandar raya ini semalam.

JIM Sarawak dalam kenyataan memaklumkan operasi yang berlangsung dari pagi hingga lewat malam itu memberi tumpuan pada tapak pembinaan dan premis perniagaan.

“Operasi pada sebelah pagi tertumpu di tapak pembinaan rumah teres di kawasan Matang serta sebuah premis di pusat perniagaan Moyan Square yang disyaki menjalankan aktiviti judi dalam talian.

“Pada sebelah malam, operasi diteruskan dengan serbuan ke atas premis refleksologi di Tabuan serta beberapa restoran sekitar bandar ini yang dikenal pasti menggajikan warga asing tanpa dokumen perjalanan dan pas sah,” menurut kenyataan itu.

JIM Sarawak memaklumkan akan terus mempergiatkan usaha penguatkuasaan dari semasa ke semasa sebagai langkah memberi kesedaran dan pengajaran pada majikan supaya mematuhi undang-undang.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan