IPOH, 28 April (Bernama) -- Majlis Amanah Rakyat (MARA) sedia membantu seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 untuk melanjutkan pengajian ke luar negara menerusi program khas yang disediakan agensi berkenaan.
Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan pelajar lelaki berusia 18 tahun itu adalah bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Abdullah Ahmad Badawi di Kepala Batas, Pulau Pinang.
“Sedih terima berita ayahanda kepada pelajar Gerik, hafiz 30 juzuk... semua A dalam SPM yang saya tebuk dalam majlis dua minggu lepas meninggal dunia.
“Insya-Allah janji saya untuk MARA biaya anaknya sambung (bidang) kejuruteraan akan saya tunaikan,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasminya hari ini.
Pada 12 April lepas, Asyraf Wajdi memuat naik video remaja berkenaan membaca beberapa potongan ayat al-Quran dalam satu majlis yang diadakan di MRSM Gerik.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial