WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Sidang DUN Selangor Ditangguh Hari Ini

29/04/2026 05:06 PM

SHAH ALAM, 29 April (Bernama) -- Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang berlangsung selama tujuh hari ditangguhkan hari ini.

Speaker DUN Selangor Lau Weng San berkata sepanjang persidangan bermula 21 April lepas, sebanyak 196 soalan dijawab dalam sesi pertanyaan. 

Selain itu, satu Rang Undang-Undang Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 2026 diluluskan semalam. 

Rang Undang-Undang itu bertujuan untuk menerima pakai Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 (Akta A1667) bagi memperkukuh penguatkuasaan, pengurusan dan pemuliharaan kawasan berhutan di Selangor.

Sementara itu, Lau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran perjalanan sidang DUN kali ini.

“Terima kasih kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ketua jabatan, pegawai kerajaan dan semua pihak atas kerjasama dalam melicinkan perjalanan Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Keempat kali ini,” katanya sebelum menangguhkan persidangan DUN Selangor hari ini.

Sidang DUN Selangor ditangguhkan hingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.  

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan