WILAYAH - UTARA > BERITA

SMA Al-Maahadul Ismail Tasek Junjong Dilanda Banjir Kilat

10/05/2026 11:24 PM

NIBONG TEBAL, 10 Mei (Bernama) -- Seramai 73 pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Maahadul Islami Tasek Junjong, Simpang Ampat, di sini, terjejas selepas kawasan sekolah berkenaan dinaiki air susulan hujan lebat, lewat petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata tujuh anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 7.48 malam.

Beliau berkata kejadian berpunca daripada hujan lebat yang menyebabkan paras sungai meningkat sehingga mengakibatkan banjir kilat di kawasan sekolah berkenaan dengan paras air dianggarkan setinggi 0.3 meter.

“Keadaan didapati terkawal dan air surut sepenuhnya pada 9.30 malam,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

John berkata semua pelajar terbabit terdiri daripada 39 perempuan dan 34 lelaki yang menetap di asrama sekolah serta berada dalam keadaan selamat.

Katanya pihak sekolah turut menghubungi keluarga masing-masing bagi membolehkan pelajar berkenaan dibawa pulang.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan