WILAYAH - SARAWAK > BERITA

GSF: Malaysia Buat Bantahan Tindakan Israel Tahan Aktivis, Rakyat Malaysia - PM Anwar

19/05/2026 12:56 PM

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Malaysia sudah membuat bantahan berhubung tindakan rejim Zionis Israel yang memintas Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ke Gaza dan menahan lebih 100 aktivis termasuk 16 rakyat Malaysia yang menyertai misi aman membela kemanusiaan sejagat itu.

“Kita sudah buat bantahan,” katanya ringkas ketika ditanya tindakan lanjut kerajaan berhubung insiden tersebut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Sukan Negara 2025 di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini.

Semalam, Anwar dilaporkan berkata Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel itu serta menuntut jaminan keselamatan dan pembebasan segera kesemua aktivis.

Perdana Menteri juga menegaskan dunia tidak boleh terus tunduk kepada kezaliman dan kebobrokan yang dilakukan oleh rejim Zionis.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan