TOKYO, 20 Mei (Bernama-Kyodo) -- Gempa bumi kuat dengan magnitud awal 5.9 menggegarkan wilayah Kepulauan Amami di Wilayah Kagoshima, barat daya Jepun pada Rabu, tanpa amaran tsunami dikeluarkan, menurut agensi cuaca negara itu, lapor Kyodo News.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun, pusat gempa bumi pada 11.46 pagi itu terletak di luar pantai pulau utama Wilayah Okinawa pada kedalaman kira-kira 50 kilometer.
Gempa bumi itu mencatatkan intensiti atas lima dalam skala intensiti seismik Jepun yang mempunyai tujuh tahap di Yoron, di hujung selatan Wilayah Kagoshima.
Setakat 12.20 tengah hari, tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda yang ketara dilaporkan di Yoron, menurut pihak berkuasa tempatan dan polis.
-- BERNAMA-KYODO
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial