WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Rakyat Dijemput Ke Malam Kilauan Cahaya Istana Arau Sempena Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis

21/05/2026 12:02 AM

KANGAR, 20 Mei (Bernama) -- Rakyat dijemput memeriahkan program Malam Kilauan Cahaya Istana Arau #MKC26 sempena sambutan ulang tahun keputeraan ke-83 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di pekarangan Istana Arau pada Sabtu dan Ahad ini.

Menurut kenyataan Pejabat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis malam ini, Tuanku Syed Sirajuddin telah memperkenankan pembukaan pekarangan Istana Arau kepada rakyat jelata untuk membolehkan mereka berkunjung ke program itu. 

Kenyataan itu memaklumkan program tersebut akan berlangsung dari 9.30 malam hingga 11.30 malam, dan para hadirin perlu memakai pakaian sopan serta bersesuaian.

“Semoga Malam Kilauan Cahaya pada tahun ini akan memahat seribu satu kenangan terindah buat para rakyat jelata,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, berdasarkan lampiran yang disertakan dengan kenyataan tersebut, antara lain para hadirin diminta agar tidak membawa masuk makanan dan minuman dari luar ke pekarangan Istana Arau.

Selain itu, pekarangan Istana Arau ialah kawasan larangan merokok termasuk rokok elektronik manakala sampah perlu dibuang di tempat yang telah ditetapkan dan para hadirin boleh berlegar di lokasi dibenarkan sahaja.

Lampiran itu turut menyatakan bahawa jalan raya di hadapan Istana Arau akan ditutup dari 8 malam hingga program selesai.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan