| BERITA TERGEMPAR | Allianz Malaysia posts higher net profit of RM227.35 mln in 1Q FY2026 compared to RM213.04 million in 1Q FY2025 | |
SUZHOU, 25 Mei (Bernama-CMG) -- Persidangan Promosi Pelaburan Global Suzhou 2026 yang berlangsung di Suzhou, provinsi Jiangsu minggu lalu menarik penyertaan wakil lebih 700 syarikat dari lebih 30 negara dan wilayah.
Persidangan itu merupakan acara sampingan Mesyuarat Menteri-Menteri Bertanggungjawab Mengenai Perdagangan (MRT) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) edisi ke-32.
Menurut laporan, syarikat dari Amerika Syarikat (AS) mencatat penyertaan paling tinggi dalam persidangan berkenaan.
Tinjauan terbaharu oleh Dewan Perniagaan Amerika di China (AmCham China) menunjukkan 60 peratus syarikat yang terlibat merancang untuk terus meningkatkan pelaburan di negara tembok besar itu.
Presiden AmCham Shanghai Eric Zheng berharap persidangan kali ini dapat membantu merungkai pelbagai cabaran yang dihadapi ekonomi global termasuk ekonomi digital, ekonomi hijau serta ketahanan rantaian bekalan.
Beliau turut berharap mesyuarat MRT tahun ini dapat menarik lebih banyak syarikat asing melabur di Suzhou.
Wakil perniagaan antarabangsa S&S TECH dari Korea Selatan, Dominic Jeong pula berkata ini merupakan kali pertama syarikat itu membina kilang pengeluaran di luar negara.
Beliau juga menjelaskan bahawa pihaknya akan membawa model industri maju yang dipelajari di China ke Korea Selatan, khususnya melibatkan kilang pintar berasaskan metodologi ‘lights-out’.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial