6hari lalu
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Anak syarikat Petronas Gas Bhd (PGB), iaitu Pengerang LNG (Two) Sdn Bhd (PLNG2) memeterai perjanjian tambahan penggunaan jeti dengan Pengerang Terminals (Two) Sdn Bhd (PT2SB) bagi melaksanakan pembayaran terdahulu sekali sahaja bernilai US$173.64 million (RM706.28 million).
6hari lalu
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh CBH Engineering Holdings Bhd, CBH Engineering Sdn Bhd telah menerima dua surat anugerah (LOA) daripada sebuah syarikat untuk pembangunan stesen pendaratan yang bernilai RM130 juta di pusat data.
6hari lalu
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF) memproses permohonan pengeluaran modal syer berjumlah RM909.85 juta bagi tempoh 2020 hingga 2025 dengan bayaran penuh RM543.6 juta bagi tahun 2020 hingga 2023.
6hari lalu
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- ITMAX System Bhd menerima surat setuju terima daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyediakan perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan sistem lampu isyarat pintar menerusi kontrak bernilai RM42 juta.
6hari lalu
JOHOR BAHRU, 23 Dis (Bernama) -- Johor Plantations Group Bhd (JPG) mengukuhkan kedudukan strategiknya dalam sektor tenaga boleh baharu (TBB) susulan penggabungan JPG Greenergy Ventures Sdn Bhd (JPGGV) sebagai anak syarikat milik penuhnya.
6hari lalu
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada 25 Dis, 2025, sempena cuti umum Hari Krismas dan pada 1 Jan, 2026, bagi cuti Tahun Baharu.
6hari lalu
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah mengumumkan bahawa sistem pemprosesan penumpang global di lapangan terbang di Malaysia kini telah pulih sepenuhnya oleh penyedia sistem.
6hari lalu
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 4.3 hingga 4.5 peratus pada 2026, mencerminkan peralihan semakin jelas ke arah pertumbuhan disokong oleh penggunaan isi rumah, aktiviti sektor perkhidmatan dan pembentukan pendapatan dalaman.
6hari lalu
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Prestasi tahunan Indeks Pelopor (IP) pada Oktober 2025 lebih memberangsangkan dengan mencatatkan kenaikan 3.6 peratus kepada 116.2 mata daripada 112.2 mata pada tempoh yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
6hari lalu
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 2026 dijangka sederhana kepada 4.2 peratus daripada anggaran sebanyak 4.8 peratus pada 2025, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
6hari lalu
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Platform mata wang kripto iaitu Luno Malaysia merancang untuk memperkenalkan lebih banyak pilihan staking pada tahun hadapan sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk memperluaskan penawaran aset digital patuh syariah di negara ini.
7hari lalu
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) – China mungkin mengekalkan kedudukannya sebagai rakan dagang terbesar Malaysia untuk tahun ke-17 berturut-turut, dengan pelaburan kumulatif di negara ini melepasi US$20.8 bilion (US$1=RM4.07), kata Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.