13hari lalu
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Farm Fresh Bhd mengesahkan pengarah ladangnya Jacob Mathan ialah rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Pililla, wilayah Rizal, Filipina semalam.
13hari lalu
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) esok, menurut Standard Chartered Bank.
13hari lalu
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- BMW Malaysia akan melancarkan acara jualan seluruh negara melalui program BMW March Into Joy dari 6 hingga 8 Mac, 2026 dan menjemput pelanggan untuk meneroka tawaran eksklusif bagi beberapa model BMW terpilih di semua pengedar sahnya di seluruh negara.
13hari lalu
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan terus memantau keadaan konflik yang berlaku di Timur Tengah, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin.
13hari lalu
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd memberi jaminan bahawa dakwaan yang tersebar dalam talian mengenai pelanggaran data melibatkan pelanggannya adalah tidak benar sebaliknya data pelanggan terus dilindungi.
13hari lalu
KUCHING, 4 Mac (Bernama) -- ZTE Corporation (ZTE) memeterai memorandum persefahaman (MoU) strategik dengan SACOFA Sdn Bhd untuk meningkatkan infrastruktur digital Sarawak dan menyokong objektif Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) serta Ekonomi Digital kerajaan negeri.
13hari lalu
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Pengeluaran minyak mentah dan kondensat negara meningkat 1.1 peratus kepada 183.6 juta tong pada 2025, sekali gus memulihkan penyusutan 3.5 peratus yang direkodkan pada 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
13hari lalu
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Malaysia kekal dengan pendirian sebagai negara neutral dan berkecuali dalam mendepani ketidaktentuan geopolitik global dan tarif timbal balas yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin.
13hari lalu
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menyasarkan untuk mengukuhkan jumlah eksport kayu bernilai RM32.8 bilion menjelang 2030 di bawah Dasar Agromakanan Nasional 2030 (DAKN 2030) dan Pelan Induk Industri Baharu (NIMP 2030).
13hari lalu
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Kumpulan teknologi hartanah antarabangsa, Juwai IQI menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus, memilih kestabilan berdasarkan ekonomi Malaysia yang terus mencatatkan prestasi kukuh.
13hari lalu
CYBERJAYA, 4 Mac (Bernama) -- Cyberview Sdn Bhd akan terus mempertingkat usaha menarik pelabur asing ke Cyberjaya dengan memperluas ekosistem teknologi sedia ada serta memberi tumpuan kepada pembangunan syarikat pemula, tempatan dan serantau.
13hari lalu
PUTRAJAYA, 4 Mac (Bernama) -- Harga pengangkutan dan makanan dijangka menerima tekanan paling awal dan paling ketara susulan konflik geopolitik yang semakin memuncak di Timur Tengah.