1tahun lalu
SEPANG, 28 Okt (Bernama) -- Malaysia terus berfungsi sebagai hab logistik untuk panel solar ketika Amerika Syarikat (AS) menaikkan tarif ke atas peralatan solar dari Asia Tenggara, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
1tahun lalu
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- BlackBerry Ltd yang berpangkalan di Kanada menubuhkan ibu pejabat serantau Asia Pasifik (Apac) bagi bahagian keselamatan sibernya di Cyberjaya, yang kini beroperasi sepenuhnya.
1tahun lalu
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada 31 Okt 2024 sempena cuti umum perayaan Deepavali.
1tahun lalu
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) komited untuk meneroka penyelesaian agar seiring dengan visi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk semua pengusaha stesen minyak menambah baik kemudahan di premis mereka.
1tahun lalu
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Harga eksport Malaysia pada September 2024 susut 0.6 peratus kepada 149.3 mata daripada 150.3 mata pada bulan sebelumnya manakala harga import jatuh 1.9 peratus kepada 127.1 mata, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun lalu
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bank for International Settlements (BIS) dan rakan-rakan bank pusat telah berjaya membuktikan melalui Projek Mandala bahawa pematuhan dasar boleh diterapkan dalam protokol transaksi rentas sempadan.
1tahun lalu
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Inisiatif seperti Strategi-5i dan rangka kerja Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) mewujudkan asas yang kukuh bagi kewangan mampan, kata Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
1tahun lalu
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kerajaan melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) akan terus menumpukan usaha menarik pelaburan swasta dan merealisasikan projek pelaburan bernilai tinggi di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) terutama di Taman Teknologi Pahang (PTP) dan Taman Industri Halal Gambang (GHP).
1tahun lalu
BUKIT MERTAJAM, 28 Okt (Bernama) -- Pemaju hartanah Suling Hill Development Sdn Bhd hari ini telah melancarkan Northern TechValley @ BKE, sebuah projek taman perindustrian yang diunjurkan mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.3 bilion.
1tahun lalu
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Permintaan untuk bangunan hijau (bangunan yang bercirikan teknologi binaan mesra alam semulajadi) di Malaysia dijangka meningkat dengan ketara untuk beberapa tahun akan datang, berpotensi mencecah sekitar 10 juta kaki persegi setiap tahun.
1tahun lalu
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Pembangun dan pengendali terkemuka pusat data berprestasi tinggi, GDS International bertukar memorandum persefahaman (MoU) dengan pembekal global dalam siri perkongsian, ia diunjurkan membawa masuk pelaburan sekitar RM1 bilion pelaburan untuk kilang bersepadu dan pusat perkhidmatan.
1tahun lalu
KOTA KINABALU, 28 Okt (Bernama) -- Sabah kekal sebagai pengeluar minyak sawit mentah (MSM) terbesar di negara ini dengan pengeluaran sebanyak 4.5 juta tan pada 2023 disebabkan oleh hasil buah yang tinggi dan kadar pengekstrakan minyak yang baik, kata Ketua Menterinya Datuk Seri Hajiji Noor.