Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi, Menjejaki Prestasi Minyak Kacang Soya

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih tinggi, menjejaki peningkatan pasaran minyak kacang soya di Chicago Board of Trade (CBOT).

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan harga emas di pasaran Bursa Komoditi New York (Comex) Amerika Syarikat (AS).

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini. 

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Berikutan Belian Kukuh Saham Mewah

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi pada Isnin, disokong oleh minat berterusan dalam saham mewah, seiring dengan prestasi memberangsangkan di pasaran serantau, kata penganalisis.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Dipacu Data Positif IPP Disember

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin selepas Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia bagi Disember mencatatkan prestasi yang mengatasi jangkaan pasaran, sekali gus menunjukkan ekonomi domestik kekal di kedudukan kukuh.

Pasaran Getah Ditutup Lebih Rendah

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh trend bercampur-campur dalam niaga hadapan getah serantau,” kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal positif pada tengah hari ini, mencerminkan prestasi bursa serantau yang menggalakkan dan disokong oleh sentimen positif selepas kenaikan semalaman Wall Street yang kukuh.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin selepas kenaikan di Wall Street dan pasaran utama Asia didorong indeks meningkat semula dengan ketara selepas jualan dicatatkan minggu lepas, kata penganalisis.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada Isnin, seiring dengan kenaikan kadar asas pasaran tunai.

Ringgit Dibuka Hampir Tidak Berubah Berbanding Dolar AS Didorong Sentimen Global Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan sentimen global yang bercampur-campur mengehadkan kenaikan manakala pelabur menilai perkembangan politik dan pergerakan mata wang utama.

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dengan Belian Saham Murah Terpilih Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dengan aktiviti pembelian saham murah terpilih walaupun tanpa keadaan teknikal terlebih jual, susulan tiga sesi penurunan berturut-turut, kata seorang ahli ekonomi.

Ringgit Diunjur Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Antara RM3.95 Dan RM3.96 Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil sekitar RM3.95 hingga RM3.96 minggu depan berikutan pasaran menunggu lebih banyak pemangkin termasuk data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang akan datang.