1tahun lalu
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi mencatatkan sedikit penurunan berikutan sebahagian pelabur terlibat dalam aktiviti pengambilan untung dalam persekitaran sentimen berhati-hati di pasaran serantau, kata penganalisis.
1tahun lalu
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Ringgit meneruskan aliran meningkat minggu lepas, dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS pada Isnin, disokong oleh sentimen positif yang berterusan terhadap mata wang tempatan, kata penganalisis.
1tahun lalu
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat selepas mencatatkan kenaikan awal, berikutan peniaga mengambil untung susulan kenaikan harga yang berterusan baru-baru ini, kata peniaga.
1tahun lalu
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat menjelang pengumuman data ekonomi Amerika Syarikat yang dijadualkan pada minggu depan.
1tahun lalu
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Ringgit melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS pada Jumaat, muncul sebagai antara mata wang yang mencatatkan prestasi terbaik di dunia.
1tahun lalu
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia sekali lagi ditutup rendah pada Jumaat disebabkan terutamanya aktiviti pengambilan untung dalam kaunter saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah prestasi bercampur-campur bursa serantau lain, kata seorang penganalisis.
1tahun lalu
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.
1tahun lalu
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia merosot pada rehat tengah hari berikutan penurunan mendadak harga minyak mentah kemungkinan telah menjejaskan kaunter tenaga, kata seorang penganalisis.
1tahun lalu
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih rendah berikutan kekurangan pemangkin baharu walaupun pasaran Wall Street meningkat susulan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh, kata penganalisis.
1tahun lalu
UALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga Jumaat selepas mengalami pembetulan teknikal semalam, kata penganalisis.
1tahun lalu
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi untuk hari ketujuh berturut-turut pada Khamis, didorong oleh prestasi eksport yang lebih kukuh dan pengeluaran MSM yang menyusut, kata peniaga.
1tahun lalu
KUALA LUMPUR, Sept 26 (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini di tengah-tengah pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) dan peningkatan hasil Perbendaharaan AS.