BERITA TERKINI   Liga Super: Imigresen FC 0-1 Kuching City FC | 

Pasaran

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Kekal Tidak Berubah

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi sedikit rendah, dipengaruhi tekanan jualan dalam kalangan kaunter wajaran tinggi terpilih, khususnya dalam sektor utiliti, pengangkutan dan penjagaan kesihatan.

Niaga Hadapan KLCI Meningkat Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives meningkat dalam dagangan awal pada Rabu.

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Ketidaktentuan Dasar AS

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan meningkat namun susut kemudiannya ketika pelabur lebih berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan membabitkan dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Lain

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain, didorong oleh kelemahan dolar AS di tengah-tengah data ekonomi selain peningkatan sentimen risiko global.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, dipengaruhi jangkaan prestasi eksport yang lemah dalam beberapa minggu akan datang, kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa meskipun penurunan prestasi pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS).

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa seiring pasaran tunai pendasar.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Mata Wang Utama Kecuali Dolar AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Selasa didorong oleh isu berkaitan tarif Amerika Syarikat (AS) yang menjejaskan sentimen pasaran, kata ahli ekonomi.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Pengambilan Untung

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa berikutan pengambilan untung selepas kenaikan baru-baru ini sekali gus mengakhiri rentetan peningkatan selama tiga hari.

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Tinggi Susulan Niaga Hadapan Serantau Kukuh

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Selasa disokong oleh kenaikan dalam niaga hadapan getah serantau berikutan penyambungan semula dagangan dalam kalangan pembeli utama di China selepas cuti Tahun Baharu Cina, kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini, dipengaruhi oleh tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam produk perindustrian, utiliti dan sektor kewangan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Ambil Petunjuk Prestasi Lemah Wall Street

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman di Wall Street.