BERITA TERKINI   Harga diesel bersubsidi RM2.10 seliter untuk rakyat Malaysia mulai Julai - PM Anwar | Penggunaan MyKad bagi pembelian diesel RM2.10 seliter bagi elak ketirisan - PM Anwar | Dakwaan kebocoran data yang tular di media sosial merujuk insiden lama sebelum 2022, tiada kaitan platform semasa - MKN | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi semasa awal dagangan hari ini, menjejaki kenaikan dalam kadar asas pasaran tunai.

Pada 9.26 pagi, kontrak September 2024 meningkat 2.0 mata kepada 1,669.5 manakala Oktober 2024 dan Disember 2024 masing-masing menambah 2.5 mata kepada 1,673.0 dan 1,677.5.

Kontrak Mac 2025 kekal tidak berubah pada 1,662.5.

Jumlah dagangan sebanyak 5,588 lot, dengan kepentingan terbuka berjumlah 55,188 kontrak.

FBM KLCI meningkat 0.51 mata kepada 1,670.88 selepas 44 minit dagangan.

-- BERNAMA