BERITA TERKINI   KLFA perkukuh kerjasama dengan KBS dalam pembangunan jurulatih dan program belia - Fahmi | KLFA sedang kukuh kerjasama dengan KPM dalam memperkasa bola sepak di peringkat sekolah - Fahmi | PM Anwar umum dana RM1 juta kepada Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur | Tiga ladang ternakan babi di Tasek Gelugor, Pulau Pinang disahkan positif penyakit demam babi Afrika - Pengarah JPV Negeri | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur hari ini.

Kontrak bulan semerta September 2024 dan Mac 2025 tidak berubah masing-masing pada 1,667.5 dan 1,662.5, Oktober 2024 naik setengah mata kepada 1,671.0 dan Disember 2024 menokok satu mata kepada 1,676.0.  

Jumlah dagangan berkurangan kepada 30,428 lot daripada 31,370 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 80,583 kontrak daripada 75,828 kontrak sebelumnya.  

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.01 mata atau 0.18 peratus kepada 1,673.38 daripada paras penutup 1,670.37 pada Selasa.

-- BERNAMA