BERITA TERKINI   Pada 6 petang, ringgit hampir mendatar berbanding dolar AS kepada 4.0275/0320 daripada 4.0245/0320 semasa ditutup pada Isnin | Majlis Tindakan Ekonomi Negara teliti pelbagaikan sumber bahan api, perkukuh kerjasama dagang dan jamin input pengeluaran - Akmal Nasrullah | Krisis Tenaga Global: Special Access Pathway dilaksanakan, pastikan akses keperluan kesihatan kritikal - Akmal Nasrullah | Krisis Tenaga Global turut menjejaskan bekalan ubat dan peranti perubatan - Akmal Nasrullah | FELDA dan FGV Holdings perkenal B100, biodiesel berasaskan 100 peratus minyak sawit yang berpotensi jadi sumber tenaga alternatif - Pengerusi FELDA | 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengekalkan momentum meningkatnya dengan ditutup tinggi pada Rabu, seiring dengan peningkatan pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah, meskipun ketiadaan pemain China, kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran juga disokong oleh keyakinan potensi penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) pada November, di samping kebimbangan terhadap kekurangan bekalan getah asli global.

"Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh ringgit yang mengukuh sedikit berbanding dolar AS ditambah dengan konflik di Timur Tengah yang semakin memuncak," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, agensi meteorologi Thailand mengeluarkan amaran hujan lebat dan kemungkinan banjir dari 1 Okt hingga 7 Okt 2024, yang boleh mengganggu pengeluaran getah.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) naik 5.5 sen kepada 910.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal meningkat 2.5 sen kepada 723 sen sekilogram.

Pada 5 petang, SMR 20 berada pada 903 sen sekilogram, dengan lateks pukal pada 726 sen sekilogram.

-- BERNAMA