BERITA TERKINI   ASEAN sambut baik perkembangan Kod Tatalaku Laut China Selatan, harap dimuktamadkan dalam masa terdekat - Mohamad Hasan | Perjanjian FTA ASEAN-China 3.0 yang bakal dimeterai akhir tahun ini perkukuh kerjasama ekonomi, daya tahan rantau ini - Mohamad Hasan | Hubungan dialog ASEAN dengan China antara perkongsian paling substantif, dinamik - Mohamad Hasan | ASEAN gesa semua pihak urus situasi di Laut China Selatan secara berhemah, hati-hati - Mohamad Hasan | Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov tiba di Malaysia untuk mesyuarat ASEAN peringkat tinggi | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Sejajar Dengan Pasaran Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat, menjejaki prestasi pasaran serantau, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen turut terjejas oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bercampur-campur dan risiko ekonomi daripada konflik di Timur Tengah yang meningkat.

“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh ringgit yang rendah berbanding dolar AS menjelang laporan pekerjaan AS yang dijangka dikeluarkan hari ini dan China yang meningkatkan usaha pengumpulan dana,” katanya kepada Bernama.

Niaga hadapan getah Jepun merosot pada Jumaat, didorong oleh pengukuhan yen tetapi harga minyak semalaman yang kukuh mengehadkan penurunan, katanya.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) susut lapan sen kepada 870.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 3.5 sen kepada 736.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang, SMR 20 sebanyak 871 sen sekilogram dan susu getah pukal sebanyak 739.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA