BERITA TERKINI   Presiden dan CEO Kumpulan Malaysia Aviation Group Kapten Nasaruddin A. Bakar dilantik sebagai ahli lembaga gabenor IATA  | Pemimpin agama perlu tangani keperluan golongan muda berdepan ancaman maklumat palsu didorong oleh AI - Sultan Perak | Keamanan dinikmati Malaysia kini membuktikan toleransi, keharmonian antara agama boleh dicapai - PM Anwar | Islam adalah agama Persekutuan, perlu pastikan setiap warganegara berasa selamat, dilindungi dan dihormati sama rata - PM Anwar | Pemimpin agama kekal relevan sebagai suara hati nurani, kewarasan dan toleransi dalam dunia pascanormal - PM Anwar | 

Suruhanjaya Tenaga Akan Umum Pembida Berjaya Untuk LSS5 Pada November Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Tenaga (ST) akan mengumumkan pembida berjaya untuk pusingan kelima program Solar Skala Besar (LSS5) pada November depan, kata ketua pegawai eksekutifnya Datuk Razib Dawood.

"Pengumuman akan dibuat pada November depan. Saya tidak boleh mendedahkan butirannya," katanya kepada Bernama ketika ditemui di luar acara Enlit Asia 2024 di sini hari ini.

Pada April tahun ini, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menerusi ST, mengumumkan tawaran kuota solar 2,000 megawatt (MW) melalui proses bidaan kompetitif di bawah fasa seterusnya program Solar Skala Besar (LSS).

Proses pembidaan adalah untuk LSS5 atau LSS-Peralihan Tenaga SuRiA - LSS5, menyasarkan jumlah kapasiti 2,000MWac dan loji tenaga solar di bawah program itu dijadualkan mula beroperasi pada 2026.

Terdahulu dalam sesi pleno, Razib berkata Malaysia tidak lama lagi akan mencapai kapasiti fotovoltaik solar sebanyak 7,000 MW.

-- BERNAMA