BERITA TERKINI   Bekas Ketua Bernama Radio Allahyarham Azlan Idris diumum penerima Anugerah Khas HAWANA 2026 | Bekas Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman diumum penerima Anugerah HAWANA 2026 | Peruntukan Dana Inovasi Media diteruskan, RM24.57 juta disalur kepada 72 syarikat setakat ini- PM Anwar | TV3 dinobat Juara manakala Bernama ialah Naib Juara Pesta Pantun HAWANA-DBP 2026 | PM Anwar umum peruntukan tambahan RM1 juta kepada Tabung Kasih@HAWANA | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi semasa awal dagangan hari ini.

Pada 9.14 pagi, kontrak Oktober 2024 dan Disember 2024 meningkat 4.5 mata masing-masing kepada 1,640.0, November 2024 naik 5.5 mata kepada 1,644.0 manakala Mac 2025 tidak berubah pada 1,630.0.

Jumlah dagangan 1,062 lot, manakala kepentingan terbuka sebanyak 41,822 kontrak.

FBM KLCI naik 4.59 mata kepada 1,639.50 selepas 33 minit dagangan.

-- BERNAMA