BERITA TERKINI   Saling bergantung antara negara berdaulat perlu dibina berasaskan prinsip pilihan, ketahanan, dan saling menghormati - PM Anwar | Keuntungan Tahun Kewangan 2025 Sime Darby turun 37.7 peratus kepada RM2.06 bilion berikutan tiada sumbangan daripada keuntungan jualan segmen penjagaan kesihatan | Dua maut, lima cedera dalam kebakaran rumah di Batu 36, Jalan Pontian, Johor pagi tadi - Bomba | Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub sah letak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia - FAM | Timbalan Presiden Datuk Mohd Yusoff Mahadi dinamakan Pemangku Presiden FAM berkuat kuasa serta-merta - FAM | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, menjejaki prestasi pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2024 meningkat 10.5 mata kepada 1,646.0, November 2024 berkembang 10.0 mata kepada 1,648.5, Disember 2024 menokok 9.5 mata kepada 1,651.5 dan Mac 2025 bertambah 11.0 mata kepada 1,641.0. 

Jumlah dagangan melonjak kepada 7,729 lot daripada 5,755 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 47,986 kontrak daripada 46,733 kontrak sebelumnya.            

Pada 5 petang, FBM KLCI bertambah 6.03 mata atau 0.36 peratus kepada 1,640.94 daripada paras penutup 1,634.91 pada Rabu.

-- BERNAMA