BERITA TERKINI   Pembangunan solar terapung hidro hibrid dan hab hidrogen hijau di Kenyir berpotensi tarik pelaburan serantau dan antarabangsa – PM Anwar | Pembangunan solar terapung hidro hibrid hab hidrogen hijau di Kenyir buka ruang anak tempatan terima pendidikan TVET oleh Petronas dan TNB - PM Anwar | Forest Research Institute Malaysia Forest Park Selangor (FRIM FPS) disenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO - MOTAC | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup sedikit rendah hari ini kerana peniaga menunggu data inflasi utama Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluarkan malam ini.

Kontrak niaga hadapan emas bulan semerta Oktober 2024 berkurang kepada US$2,625.50 setiap auns troy daripada US$2,626.90 setiap auns troy semalam manakala November 2024 susut kepada US$2,647.30 setiap auns troy daripada US$2,648.70 setiap auns troy sebelumnya.

Sementara itu, kontrak Disember 2024, Januari 2025 dan Februari 2025 semuanya ditutup lebih rendah pada US$2,648.70 setiap auns troy daripada US$2,650.10 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan menguncup kepada 19 lot daripada 31 lot semalam manakala kepentingan terbuka merosot kepada 43 kontrak daripada 51 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 9 Okt, 2024, harga emas fizikal berada pada US$2,610.70 setiap auns troy.

-- BERNAMA